Thursday, January 24, 2008

"Debu Masih Melekat"


..ingin melihat pakaian ini digayakan oleh zoey tan dan zamarul hisham? jangan lupa saksikan drama bersiri 'DEBU MASIH MELEKAT' di tv9 setiap isnin-khamis jam 7.30mlm. pakaian ini ditaja oleh RINS untuk scene majlis pertunangan michel (zoey tan) dan rahmat (zamarul hisyam)

Friday, January 18, 2008

..sekadar info untuk dikongsi bersama.. PAKAIAN PENGANTIN ..ramai jugak di kalangan pelanggan RINS yang menyediakan bunga telur dulu sebelum memilih pakaian pengantin.biasanya masalah akan timbul semasa hari pemilihan pakaian. Apabila pelanggan datang ke tempat kami, mereka diberi peluang utk mencuba pelbagai patern serta warna bagi mendapatkan pakaian yang paling sesuai & mampu menyerlahkan seri pengantin. Kadang-kadang, warna pilihan bunga telur yang dah dibeli tu, kurang sesuai untuk pakaian mereka/warna yang lain lebih menyerlahkan seri mereka.Jadi, masalah selalu timbul bila berkenan baju warna lain, tapi sebab bunga telur dah dibeli, jadi baju terpaksa jugak mengikut warna bunga telur. Padahal, elemen paling utama untuk dipilih dahulu adalah pakaian..apabila pakaian cantik,sesuai, maka ini dapat membantu si pemakai untuk bergaya dengan lebih yakin semasa hari bersejarah nanti. Jadi, sebelum berbuat apa2, lakukan survey dahulu tentang pakaian yang bakal anda gayakan..bila sudah dapat pakaian yang sesuai, jadikan lah warna tersebut sebagai tema/panduan untuk membeli kelengkapan lain.. Setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza,warna kulit berlainan..mungkin jugak sedikit masalah di bahagian2 tertentu khususnya kepada perempuan.jadi, pilihlah pakaian yang menepati keperluan anda, bukan mengikut apa yang anda lihat cantik dipakai oleh orang lain. FOTO jangan berkira utk memilih jurufoto yg profesional dlm menghasilkan gambar2 yg 'fresh'.. ini jgk elemen penting dlm persediaan majlis anda.Dapatkan servis yang terbaik dengan harga berpatutan dgn apa yang dihasilkan..gabungan pelamin yg tersergam indah, busana pengantin yang menarik,solekan yang menyerikan wajah pengantin serta jurufoto yang kreatif,sekaligus akan membuatkan majlis anda kelihatan sungguh bermakna,sempurna,meriah,menarik dan yang penting nampak 'grand'..mampu menceritakan segalanya kepada rakan2/saudara yang tidak dapat hadir di majlis anda.. PENTING kerana ini untuk mengabadikan hari bersejarah anda bagi tatapan hingga ke anak cucu..