Monday, November 5, 2007

MAJLIS PERSANDINGAN MIMI & FARRIMY 16/10/07, KOTA BHARU

Bermulanya perkenalan antara RINS ngn mimi ni dari majlis persandingan novi & ashraf di Kota Bharu pada 27 Mei 2007..
Walau bagaimana pn, kami bukan saling berkenalan bersua muka tapi, mimi mula mengenali RINS melalui hasil sentuhan RINS di majlis novi..

Mimi adalah rakan se UiTM dulu ngan azmi dari AZMISENTRAL…kebetulan fotografi sepanjang majlis novi dikendalikan oleh azmi sendiri..
Selepas foto-foto novi siap diedit & dibukukan sebagai 1 storybook yg sungguh menarik, sampai lah storybook tu ke tgn mimi yg kebetulan
ke studio azmi pada masa tu..
Tahniah & jutaan terima kasih jgk buat azmi atas hasil kerja yg baik Dengan terhasilnya sebuah storybook tersebut, ramai pelanggan yg memberikan feedback yg positif terhadap hasil sentuhan RINS & teknik fotografi yg sungguh kreatif kpd AZMISENTRAL..

Mungkin dari pandangan pertama, Mimi telah jatuh hati… dari situ, bermulalah usaha mimi utk mendapatkan apa yg dihajati & diidamkan pada hari bahagianya nanti..
Dipendekkan citer dengan bantuan kenalannya, akhirnya mimi dapat menghubungi sendiri RINS untuk berbincang tentang apa yang dihajati..

Sepanjang beberapa kali tempoh perbincangan, kami hanya saling mengenali melalui panggilan telefon, SMS dan email sahaja tanpa sekalipun bersua muka sebab mimi di Kota Bharu, Rins pulak beroperasi di KL.
Kami amat kagum dan menghargai sepenuh kepercayaan yang mimi berikan pd RINS..kerana, tanpa kenal siapa dan berjumpa pun, mimi boleh membuat tempahan pakej lengkap utk majlisnya dan selepas itu "banked in" kan terus deposit tempahan..

Atas kepercayaan tersebut, maka bermulalah proses persediaan peralatan serta keperluan majlis mimi raya nanti..mimi menyatakan hasrat utk menyarungkan set songket pink purple dan sepasang dress putih berserta kot. Tanpa try dulu pakaian tu, mimi terus confirmkan tempahan.
Mimi mahukan pelamin seperti novi tapi bunga2 saje tukarkn kepada warna soft pink utk dipadankan dengan tema majlisnya, pink.

Sepanjang tempoh persediaan tu, kami saling berhubung melalui telefon dan email utk memberikan sikit gambaran ttg progress persiapan
dari pihak RINS. Untuk dapatkn gmbarn yg lbh jelas tentang ruang2 yg akan dihias, RINS merujuk kepada gambar2 yg diemail kpd kami
berserta ukuran..so, walau dari KL-KB, kami masih dapat berhubung secara jelas dan tepat ttg maklumat tempahan pelanggan. Mmg mudah dgn teknologi skrg, kan…lebih mudah, jimat dan cepat..

Menjelang beberapa hari sebelum Aidilfitri, kami bertolak balik KB.. Sesampainya di KB, kami terus mengikat janji utk berjumpa mimi 2 hari sebelum raya
utk membuat persiapan terakhir di rumah mimi..

Masa yg dijanji telah tiba, maka kami berempat sampaila di rmh mimi..su, rudy (husband su), kak jye n abe amir (husband kak jye)..mula2 sampai, semua kalut dgn perbincangan ringkas utk tetapkn apa yg patut sehinggakan kami tak menyedari saper org2 di sekeliling kami..sementara tu, su belek2 album Mimi semasa majlis akad nikahnya..

Belek2, terjumpala gmbar bapak sedara su n wifenyer…terkejut jgk su bila jumpa gambar tu..nak dipuaskan hati, su terus Tanya mimi apa kaitannye mimi dgn
Pakcik su tu..masa tu belum sampai lagi page yg ada gmbr pengantin.. mimi pun terkejut jgk, terus bagitau tu lah bapak mertua dia…
Su betul2 terkejut, terus pandang sebelah…rupa2nyer cousin su la husband mimi ni…Farrimy..patutla su x perasan dia masa mula2 masuk rumah, padahal dh duk
Sbelah2 jer..kami pun saling x kenal dh sejak berbelas tahun dah kot x jumpa..just jumpa masa zaman kecik2 dl kt rumah atok sajer.tu pun sebab kumpul time
Rayer..sejak masuk sek menengah, masing2 dh x jumpa. So, dh x ingatla…

Akhirnya, kami bertemu semula setelah su dah pun ada sorang baby, farrimy pun dh ada isteri yg cute..cepat sungguh masa berlalu..sebab tu sedara sendiri pun dh lupa.
Atlast, tau2 bila jumpa mimi rupanye dia dh jadi cousin su n rudy la…eemmmm pusing2 rupanya bukan orang jauh la mimi ni..

Masa tengah pasang pelamin, mimi tunjukkn su 1 folder..nak tau kt dalamnye ada aper??..beberapa keping gambar yg dia print hasil keje RINS dari http://rinssuzana.fotopages.com/
Ada gambar pelamin novi, baju songket novi dan dress putih yg ingin dipakainya..emmm..kagum la su rasa time tu, bila tgk mimi antara customer RINS yang menghargai sentuhan
RINS dan tentunya memberikan 1 gambaran kepada kami bahawa mimi adalah salah sorang customer yg teliti sepanjang persediaan majlisnya..

satu yang su suka tentang mimi ni,Dia tak cerewet pun walau dia sorang yg teliti. Dari sejak mula perkenalan lagi dia menunjukkan minat dan percaya pada kerja kami..
so, segala proses mmg lancar..untungla kalo semua pelanggan cam mimi ni..kami pun rasa enjoy dapat kendalikan sebahagian dari keje kawin mimi..
Setelah segala sudah selesai..inilah hasilnyer untuk mimi n farrimy….semoga berpuas hati dengan servis kami dari RINS..

Saturday, November 3, 2007

BUDGET WEDDING

kawin? duit tak cukup? tangguh dulu?

sila layari: http://rinssuzana.fotopages.com/

Thursday, November 1, 2007

PROMOSI SEWA BAJU PENGANTIN BERKUALITI

PAKAIAN PENGANTIN UNTUK DISEWA

PROMOSI RAYA SEWA hanya RM 299 untuk 2 pasang Lelaki & 2 pasang Perempuan harga biasa RM 560

RM 180 untuk 1 pasang lelaki & 1 pasang perempuan harga biasa RM 280

(promosi sehingga 15 November 2007)

Pembayaran booking boleh dibuat melalui:

Akaun Maybank : 1530 3852 7514 (NORLI SUZANA BINTI ABDULLAH)

Selepas pembayaran dibuat, sila sms tarikh, masa ke no telefon 013-940 0160 @ e-mail maklumat pembayaran kepada rinsbridal@hotmail.com

http://www.maybank2u.com.my/

BUTIK PENGANTIN RINS
NO 38 JLN DUTAMAS SEROJA DUA
TAMAN SEGAMBUT SPPK 51200 KL
013-940 0160 (suzana abdullah)
http://rinssuzana.fotopages.com
email : rinsbridal@hotmail.com