Friday, April 4, 2008

Sebalik Tabir RINS

Sepanjang kami mengendalikan majlis2 pelanggan, ada yang menyatakan minat mereka tentang sentuhan pelamin rins dan koleksi pakaian pengantin rins.. Kepada peminat setia yg selalu mengunjungi laman kami, ingin kami kongsikan di sebalik pembikinan dan persiapan majlis pelanggan2 kami sebelum ini..

PELAMIN
Untuk menghasilkan sesebuah pelamin,kami mempunyai 1 team kerja utk merealisasikan apa yang diilhamkan oleh saya dan suami..bermula dengan persiapan awal, kami berdua akan sama2 mengilhamkan dekorasi yg difikirkan bertepatan dengan tema pelamin kami agar kelihatan SIMPLE tapi tetap dipandang NICE pd setiap mata yang memandang..Nampak mudah, namun sebenarnya walaupun ringkas, segala proses perlu dilakukan dengan teliti, perlu ada perincian setiap persediaan agar hasil nanti berkualiti.. Apabila sampai hari pemasangan pelamin, segala persiapan siap diatur oleh saya sendiri..Proses seterusnya adalah utk merealisasikan ilham saya utk jadikan pelamin seperti apa yg saya rancangkan..Ini akan dikendalikan pula oleh team kerja RINS yang diketuai sendiri oleh suami saya, RUDY..setengah pelanggan kurang yakin bila saya serahkan kerja2 pemasangan kepada mereka kerana anggapan kerja2 lelaki ni kurang memberangsangkan jika melibatkan sentuhan seni dekorasi.. Namun, saya ingin anda yakin pd team RINS ini kerana apa yg kami paparkan gambar2 pelamin RINS ini sememangnya dikendalikan oleh mereka..Yang paling penting, persiapan awal sudah diatur,perancangan dari ilham saya telah diterangkan kepada mereka, kelengkapan disediakan dengan selengkapnya oleh saya dan suami. Jadi, jgn risau walau tanpa kehadiran saya semasa hari pemasangan pelamin anda, team kami masih diketuai oleh suami saya bagi memastikan kelancaran proses seperti apa yg saya ilhamkan dari awal proses persediaan.Dan..anda lihatlah hasilnya gabungan daripada ilham R.I.N.S dan dibantu oleh team RINS ini..

PAKAIAN PENGANTIN
Ada pelanggan kami yang selalu bertanya ttg koleksi pakaian RINS..kami ingin kongsikan juga di sini di sebalik pembikinan pakaian2 rins ini., Seperti juga dalam membuat pelamin, untuk memastikan kelancaran semua tempahan pelanggan, saya menggunakan khidmat designer dan tailor tetap yg berpengalaman,kreatif dan sentiasa mampu menyumbangkan idea2 baru terutamanya dalam seni jahitan manik. Dengan berbantukan kemahiran darinya, urusan tempahan pakaian dapat saya kendalikan dengan lebih teratur, dengan jaminan kualiti pakaian yg dihasilkan adalah memuaskan. Proses permulaan akan dilakukan sendiri oleh saya dan suami..Pemilihan fabrik dan padanan warna memainkan peranan penting dalam penghasilan pakaian yang cantik dan bermutu. Setiap pemilihan tersebut kami akan bayangkan secara kasar sejauh mana fabrik itu akan mampu diolah agar menjadi cantik, sesuai dengan gaya dan trend masa kini. Jika yakin fabrik tersebut dapat menjadi sepasang pakaian yang kami anggapkan memenuhi kualiti RINS, semestinya kami akan dapatkan fabrik tersebut utk kami jadikan pakaian pengantin RINS bagi dipersembahkan kepada anda..

KUALITI SERVIS
Kami mempunyai 1 target perkhidmatan..di mana pada tahun ini kami mensasarkan kualiti perkhidmatan yg ditawarkan akan diupgradekan dari masa ke semasa bersesuaian dengan trend semasa sepanjang 2008. Dengan itu, kami akan sentiasa menawarkan sesuatu yang baru utk anda yang bakal melangsungkan perkahwinan..Kami akan sentiasa menawarkan harga2 berpatutan dengan apa yang kami sediakan.semoga anda berpuas hati dengan apa yang kami hidangkan kepada anda..

-SUZANA ABDULLAH-


Monday, March 31, 2008

ILHAM PELAMIN TERBARU RINS



ILHAM PELAMIN TERBARU RiNS KHAS UTK MAJLIS PERSANDINGAN MURNI & AZLI di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2007.

"..kuilhamkan untukmu.." sempena majlis persandingan Murni & Azli, kami mempersembahkan sebuah lagi singgahsana terbaru utk pasangan mempelai RINS.. berkonsepkan 'SIMPLE n NICE' sesuai dengan tema pilihan kami pada tahun ini.. Walau kelihatan ringkas, tapi kami menjanjikan dekorasi yang menarik, padanan warna yg mampu menyerlahkn ciri2 'FRESH n EVERGREEN' dengan mengadaptasikan bunga2 artificial dan hiasan sokongan yg berkualiti sahaja.

Thursday, February 14, 2008

Tuesday, February 12, 2008

Sekilas Critera RINS

..ramai palanggan yang bertanyakan tentang biodata RINS sebelum ini..kami ingatkan apalah sangat nak cerita tentang biodata sendiri di fotopage pengantin ni..Tapi rupanya ada yang nak berkenalan jugak ngn RINS ni, ada jugak yang baru nak mula bisnes tu nak minta kongsi takat pengalaman yang ada..kami pun baru lagi, cuma setakat yang boleh dikongsi, kami tak kisahla jika ia dapat membantu..Jadi, di kesempatan ini kami ceritakan biodata kami untuk tidak menghampakan pelanggan kami yang bertanya..

RINS adalah tercipta hasil paduan kasih antara kami suami isteri.. R-rudie I-iswadie N-norli S-suzana… Kami sama-sama anak kelahiran dari Kota Bharu ,berumur 27 tahun..Kami juga sama-sama mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu dan seterusnya melanjutkan pengajian ke UTM Skudai, Johor selama 4 tahun bermula pada 1998. Bermulanya perjalanan perniagaan RINS ini adalah hasil cetusan idea bersama kami suami isteri setelah saya beberapa kali gagal menerima beberapa tawaran kerja atas alasan saya adalah fresh graduate,belum cukup pengalaman, baru berkahwin..

Setelah rasa jemu dengan penantian tawaran bekerja tetap selama 1 tahun, kami mula mencari jalan alternatif untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan sementara mengisi masa yang terluang pada April 2004.Kami sama-sama memikirkan apakah perniagaan yang paling sesuai untuk kami ceburi bersama. Atas nasihat suami, dia telah mendorong agar saya lakukan apa yang saya minat, suka dan cenderung, bukan mengikut trend masa itu atau terikut dengan apa orang buat. Waktu itu, saya teringat semasa saya masih belajar di UTM dulu, boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan meluangkan masa untuk ke pasaraya atau butik pakaian wanita..saya amat cenderung untuk melihat apa koleksi terbaru,membuat penilaian pada fesyen-fesyen pakaian dan kadang-kadang saya rasa ingin mengolah fesyen tersebut untuk disesuaikan kepada sesuatu majlis..saya sukakan pakaian yang cantik,hiasan serta kemasan pada wanita juga dekorasi ruang. Memandangkan kami saling mengenali selama lebih 7 tahun sebelum berkahwin, maka suami saya faham terhadap apa yang ada di fikiran dan naluri kehendak saya..

saya sebenarnya kurang berminat dengan kerja-kerja pejabat yang menuntut saya bekerja di bawah peraturan tertentu..Saya sukakan kebebasan saya berfikir tentang apa yang saya minat dan apa yang saya suka..Saya tidak pernah rasa penat atau jemu untuk memikirkan sesuatu yang baru terhadap apa yang saya minat.. Selepas grad, saya telah menjawat beberapa jawatan namun setiap kali mula bekerja, hati saya tidak sebegitu girang..setiap pagi isnin, saya akan teringatkan petang jumaat, tiap kul 8 pagi, saya nakkan jam 5 petang..Alangkah seronoknya hujung minggu saya dapat ke tempat2 yang saya suka untuk melihat apa yang saya minat…itulah yang ada dalam fikiran bersilih ganti. Saya mula rasa bersalah kerana saya seolah tidak berminat untuk bekerja pejabat.Walaupun saya tidak pernah menimbulkan sebarang masalah terhadap tugasan yang saya hasilkan, tapi dalam hati seperti memberontak kerana saya tidak mendapat peluang untuk lakukan apa yang saya inginkan…bagi saya apalah nilainya kerja saya jika saya lakukan tanpa keikhlasan yang sepenuhnya terhadap tanggungjawab kerja. Saya mula rasa saya lebih memerlukan kepuasan diri berbanding wang gaji bulanan untuk menyara keperluan hidup.

Keputusan saya untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada 2004 dengan umur yang agak muda 24 tahun membuatkan saya menerima tentangan daripada keluarga.Walaupun saya tahu hasrat orang tua untuk melihat putri bongsunya berjaya seperti yang dicitakan, tapi saya terpaksa melangkah juga untuk mencari tapak hidup.. saya ingin mencari apa yang belum saya ketemui lagi sebelum ini. Sebelum memilih perniagaan yang sesuai, kami ada menyediakan beberapa list peniagaan yang kami rasa boleh dimajukan..antaranya chalet, pusat tuisyen dan butik pengantin. Namun setelah mengambilkira kecenderungan saya lebih kepada fesyen dan dekorasi, kami sepakat untuk memilih perniagaan pengantin sebagai haluan hidup saya… Keyakinan diri dibina untuk mendapat kekuatan bekalan sepanjang perjalanan..Suami menjadi tunjang utama..Walaupun begitu payah setiap masa yang datang, saya sentiasa ingatkan diri sendiri agar selalu tabah dalam tempoh percubaan 2 tahun yang pertama..saya berpendapat, jika saya berjaya lalui tempoh tersebut, saya akan berjaya untuk masa yang seterusnya.. Kerana umur yang masih muda, saya masih kekurangan modal untuk memulakan perniagaan. Jauh sekali untuk melayakkan saya membuat sebarang pinjaman bank.. Atas cadangan suami, dia mencadangkan agar saya menggunakan sedikit wang hantaran semasa perkahwinan kami untuk dijadikan modal perniagaan..Pada mulanya saya tidak sanggup memandangkan itu adalah hadiah suami kepada saya.Perniagaan kami pun belum tentu apa jadinya nanti..Tapi, setelah diteliti semula, keyakinan dibina bersama, saya teruskan idea itu..Kakanda kesayangan juga ada memberi sedikit sokongan modal kepada saya ketika itu. Modal permulaan kami keluarkan sebanyak RM7000..dengan adanya bekalan duit tersebut, kami menyediakan barang-barang yang dirasakan patut.

Namun, betullah apa orang kata..Jangan takut jika tersalah, kerana kita akan belajar dari kesalahan tersebut..Tanpa pengalaman, kami tidak memahami apa sebenarnya keperluan dan kehendak semasa..Benar saya selalu mengikuti trend semasa, tapi pengamatan, penglihatan saja belum cukup jika tanpa adanya pengalaman yang kita lalui sendiri. Maka dari situ saya mula belajar..Saya langsung tidak terkilan atas kerugian hampir RM7000 modal permulaaan itu..Bagi saya, selangkah saya menjejakkan kaki dalam bidang perniagaan ini, seribu langkah saya harus persiapkan diri untuk menanggung sebarang risiko kerugian..Apatah lagi dalam umur perniagaan yang baru setahun jagung..Malah saya rasa beruntung kerana saya sedari kesilapan seawal lagi sebelum saya terus melangkah jauh dengan kesilapan tafsiran saya terhadap dunia perniagaan pengantin ini.. Sejak itu, baru saya tahu, jika modal yang sedikit pun tak akan menjadi masalah untuk kita mencari ruang rezeki perniagaan sendiri..Cuma yang paling penting kena ada Minat, Semangat, Fokus….Bila minat, kita akan selalu ada idea baru untuk pertingkatkan servis,bila ada semangat, kita takkan rasa penat, dan juga bila kita fokus, insyaAllah matlamat utama akan tercapai juga walau banyak rintangan yang terpaksa dilalui dahulu…

Dari situlah saya belajar lagi…Tiada siapa yang ingin membantu kita melainkan kita lah yang harus selalu mencari jalan untuk terus menjejaki jalan kejayaan..Dari apartment biasa, kami terpaksa berhijrah ke apartmen jenis lot kedai…Dengan hasrat dan tujuan untuk memudahkan pelanggan mengenali servis kami.. Kerana tidak mampu untuk menawarkan servis lengkap ketika itu, kami fokuskan kepada servis sewa pakaian pengantin sahaja.. Kami letakkan diri kami sabagai pengantin, jadi apa yang kami fikirkan perkara utama yang mereka perlukan adalah khidmat sewa pakaian yang cantik tetapi berpatutan.. Dari situ, kami berusaha untuk menyediakan pakaian yang memenuhi keperluan pelanggan..Berkat usaha, secara beransur-ansur kami mula pertingkatkan mutu pakaian yang ditawarkan kepada pelanggan. Sejak itu, kami mendapat tempat di hati kenalan yang pada ketika itu ramai yang baru ingin mendirikan rumahtangga.Kami menawarkan harga promosi semata-mata ingin menghargai peluang yang diberikan..Dari 1 kepercayaan, beralih kepada 1 kepercayaan, dari mulut ke mulut nama RINS mula meniti di bibir pelanggan.. Bulan berganti bulan, tahun bersilih tahun..Kami berhijrah lagi ke Taman Segambut pula pada 2006..Penghijrahan kami ini rupanya ada 1 hikmah tersembunyi yang baru kami sedari.. Setiap kepayahan dulu mula terbayar sejak kami ke tempat baru..

Selama hampir 4 tahun usia perkahwinan kami, akhirnya kami dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Khalisya Afrina..Kini, dia sudah berusia 9 bulan.Saat kehadirannya adalah detik yang amat bermakna bagi kami..Sejak diberitakan bahawa saya akan menimang cahaya mata, terasa begitu AgungNya Yang Maha Esa kerana sejak itu, perniagaan kami semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Setiap terciptanya umatNya ke dunia, akan dikirimkan rezeki kepadanya untuk marasai hidup di duniaNya.. Kami melalui hari-hari sepanjang tempoh menantikan kelahiran orang baru dengan penuh kegembiraan. Sehinggakan selepas saja selesai pantang, saya mula meneruskan karier saya seperti sebelum ini…Sejak itu, saya merasakan kehadiran bayi kami sungguh bermakna kepada kami dan perniagaan kami ini..Saya membuat keputusan untuk menjaga bayi kami sendiri sambil menguruskan perniagaan ini..Banyak perkara baru, idea-idea yang kami ‘kongsikan’ bersama Baby Rin untuk mempertingkatkan mutu servis yang ditawarkan kepada pelanggan..Mungkin anda rasa seolah tidak percaya kan?? Tapi, percayalah..ini kenyataan yang telah kami rasakan.. Sejak dikurniakan Baby Rin, servis kami semakin mendapat tempat di hati pelanggan..Dan sekarang, seolah satu keajaiban terasa bila keluarga terutamanya orang tua saya mula memberi suntikan semangat yang tidak pernah luntur kepada kami untuk terus majukan perniagaan ini…Inilah berkat kesungguhan diri hampir 4 tahun yang lalu…Bila merenung jauh ke belakang, saya mula tersenyum mengenangkan kisah yang dulu bermulanya saya sebagai yang amat kerdil dalam perniagaan pengantin ini..Sesekali tertitis airmata kegembiraan, tanda kesyukuran yang tidak terhingga atas perjalanan hidup ini yang penuh dugaan namun ada bahagiannya juga masing-masing yang telah tertulis..

Tiba2 teringat dulu saya pernah berkata pada diri sendiri selepas saja keluar dari bilik temuduga LHDN pada Jun 2006 yang lalu… “ini adalah temudugaku yang terakhir…jika aku berjaya, bermakna di LHDN la rezekiku bernoktah..aku terpaksa berhenti berniaga.Tapi, jika aku gagal, bermakna aku tidak dapat tunaikan permintaan orang tua ku untuk melihat aku bekerja makan gaji,jadi pegawai, sebaliknya terimalah aku seadanya sebagai seorang yang akan mencuba nasib berniaga..” …dan saat ini saya telah yakin dengan keputusan itu adalah tepat untuk saya jadikan laluan hidup saya bersama suami dan baby rin… Kepada orang tua, ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada kami selama ini, sejuta penghargaan kami utuskan..Juga kepada pelanggan yang telah menggunakan khidmat kami sepanjang bermula pada 2004 sehingga sekarang yang bakal melangsungkan perkahwinan, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.. InsyaAllah dengan berbekalkan minat yang ada ini, kami menjanjikan hidangan yang terbaik untuk semua yang sudi bersama RINS.Andalah tulang belakang kami untuk terus tingkatkan mutu perkhidmatan serta sentuhan setiap dari koleksi kami..Semoga anda berpuas hati..Jemput layari laman-laman yang seterusnya…


-suzana abdullah, KL-
rinsbridal@hotmail.com
013-9400160

Untuk senarai Pakej, jemput ke link ini: http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1397227 Antara Pakaian Pengantin Untuk Disewa : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1400649 Antara Pakaian Pengantin Untuk Dijual : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1396017 Contoh Pelamin Rins : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1428504