Friday, April 4, 2008

Sebalik Tabir RINS

Sepanjang kami mengendalikan majlis2 pelanggan, ada yang menyatakan minat mereka tentang sentuhan pelamin rins dan koleksi pakaian pengantin rins.. Kepada peminat setia yg selalu mengunjungi laman kami, ingin kami kongsikan di sebalik pembikinan dan persiapan majlis pelanggan2 kami sebelum ini..

PELAMIN
Untuk menghasilkan sesebuah pelamin,kami mempunyai 1 team kerja utk merealisasikan apa yang diilhamkan oleh saya dan suami..bermula dengan persiapan awal, kami berdua akan sama2 mengilhamkan dekorasi yg difikirkan bertepatan dengan tema pelamin kami agar kelihatan SIMPLE tapi tetap dipandang NICE pd setiap mata yang memandang..Nampak mudah, namun sebenarnya walaupun ringkas, segala proses perlu dilakukan dengan teliti, perlu ada perincian setiap persediaan agar hasil nanti berkualiti.. Apabila sampai hari pemasangan pelamin, segala persiapan siap diatur oleh saya sendiri..Proses seterusnya adalah utk merealisasikan ilham saya utk jadikan pelamin seperti apa yg saya rancangkan..Ini akan dikendalikan pula oleh team kerja RINS yang diketuai sendiri oleh suami saya, RUDY..setengah pelanggan kurang yakin bila saya serahkan kerja2 pemasangan kepada mereka kerana anggapan kerja2 lelaki ni kurang memberangsangkan jika melibatkan sentuhan seni dekorasi.. Namun, saya ingin anda yakin pd team RINS ini kerana apa yg kami paparkan gambar2 pelamin RINS ini sememangnya dikendalikan oleh mereka..Yang paling penting, persiapan awal sudah diatur,perancangan dari ilham saya telah diterangkan kepada mereka, kelengkapan disediakan dengan selengkapnya oleh saya dan suami. Jadi, jgn risau walau tanpa kehadiran saya semasa hari pemasangan pelamin anda, team kami masih diketuai oleh suami saya bagi memastikan kelancaran proses seperti apa yg saya ilhamkan dari awal proses persediaan.Dan..anda lihatlah hasilnya gabungan daripada ilham R.I.N.S dan dibantu oleh team RINS ini..

PAKAIAN PENGANTIN
Ada pelanggan kami yang selalu bertanya ttg koleksi pakaian RINS..kami ingin kongsikan juga di sini di sebalik pembikinan pakaian2 rins ini., Seperti juga dalam membuat pelamin, untuk memastikan kelancaran semua tempahan pelanggan, saya menggunakan khidmat designer dan tailor tetap yg berpengalaman,kreatif dan sentiasa mampu menyumbangkan idea2 baru terutamanya dalam seni jahitan manik. Dengan berbantukan kemahiran darinya, urusan tempahan pakaian dapat saya kendalikan dengan lebih teratur, dengan jaminan kualiti pakaian yg dihasilkan adalah memuaskan. Proses permulaan akan dilakukan sendiri oleh saya dan suami..Pemilihan fabrik dan padanan warna memainkan peranan penting dalam penghasilan pakaian yang cantik dan bermutu. Setiap pemilihan tersebut kami akan bayangkan secara kasar sejauh mana fabrik itu akan mampu diolah agar menjadi cantik, sesuai dengan gaya dan trend masa kini. Jika yakin fabrik tersebut dapat menjadi sepasang pakaian yang kami anggapkan memenuhi kualiti RINS, semestinya kami akan dapatkan fabrik tersebut utk kami jadikan pakaian pengantin RINS bagi dipersembahkan kepada anda..

KUALITI SERVIS
Kami mempunyai 1 target perkhidmatan..di mana pada tahun ini kami mensasarkan kualiti perkhidmatan yg ditawarkan akan diupgradekan dari masa ke semasa bersesuaian dengan trend semasa sepanjang 2008. Dengan itu, kami akan sentiasa menawarkan sesuatu yang baru utk anda yang bakal melangsungkan perkahwinan..Kami akan sentiasa menawarkan harga2 berpatutan dengan apa yang kami sediakan.semoga anda berpuas hati dengan apa yang kami hidangkan kepada anda..

-SUZANA ABDULLAH-

3 comments:

Anonymous said...

Moga berjaya dlm bisnes yg diceburi..

rudie iswadie said...

Terima kasih kpd semua pelanggan & bakal-bakal pelanggan rins kerana memberi support kpd kami..kepercayaan anda menjadi pemangkin untuk kami menyediakan perkhidmatan yg terbaik kpd anda semua..

Anonymous said...

test