Saturday, February 2, 2008


Kepada pelanggan/pengunjung fotopages rins ini.. Di kesempatan ini, akak memohon jutaan maaf di atas penangguhan semua temujanji yang telah dibuat sepanjang tempoh 3 minggu ini.. berkat doa semua, akak semakin pulih dan sudah pun keluar dari wad..terima kasih kepada semua yang turut mendoakan kesihatan akak.. InsyaAllah, akak akan mula menerima temujanji pelanggan-pelanggan yang setia menanti sepanjang tempoh 3minggu yang lalu bermula isnin ini..


Kepada Diana, Wawa, Murni, Akma, Awa, Rina,Anis dan pelanggan2 lain yang telah menghantar email/sms yang belum sempat dibalas, akak mohon maaf..akak telah menerima banyak email dan mungkin tidak dapat dibalas kesemuanya dalam tempoh terdekat ini. Ada juga panggilan telefon yang tidak dapat dilayan sepanjang akak berada di wad.


Bermula isnin ini, akak terpakasa mendahulukan temujanji dengan pelanggan yang bakal melangsungkan majlis sepanjang Februari dan Mac ini. Diharap pelanggan yang ingin melangsungkan majlis pada April-Jun dapat memberi sedikit ruang kepada akak untuk menyelesaikan dulu tugasan yang tertunda terutama proses persediaan majlis sepanjang raya cina nanti.. Terima kasih yang tak terhingga atas kesudian pelanggan semua yang sedia menanti..InsyaAllah, kami akan berikan servis yang terbaik untuk pelanggan setia kami..


-Suzana Abdullah- 013-9400160

No comments: