Saturday, February 9, 2008

PELAMIN

Bercakap tentang pelamin, kami sebenarnya mempunyai konsep dan identiti tersendiri..
Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan koleksi pelamin RINS dari masa ke semasa, tentunya mereka akan faham tentang konsep yang kami cuba tonjolkan untuk setiap majlis yang kami kendalikan.

Konsep pelamin RINS adalah ‘simple n nice’..Kami padankan dengan warna-warna neutral segar sepanjang zaman iaitu putih. Kami gemar tekankan penggunaan warna putih/offwhite ini bagi membayangkan kepada para tetamu tentang kesegaran majlis tersebut, sucinya jalinan kasih kedua mempelai dan yang penting warna ini tidak akan luput ditelan zaman. Kami anggapkan putih akan tetap segar di pandangan mata walaupun masa beralih 10 tahun lagi..Warna ini juga kami anggapkan bukan warna bermusim..

Kami utamakan pemilihan serta padanan warna untuk menghasilkan sesebuah pelamin kerana inginkan singgahsana yang didirikan untuk setiap pelanggan kami akan tetap segar di mata walaupun musim berubah..
Bagi pelanggan yang memahami konsep yang kami cuba tonjolkan ini, pastinya koleksi pelamin RINS akan menjadi pilihan anda.

Jika pelanggan yang masih inginkan warna tema pilihan mereka ditonjolkan di pelamin , kami tidak akan menghampakan hasrat mereka..Cara kami adalah dengan mengkombinasikan warna putih dengan warna tema pada bunga-bunga, sedikit kain berwarna tema jika perlu, mengikut kesesuaian. Akan tetapi, kami masih mengekalkan ciri-ciri ‘fresh’ dan ‘evergreen’ pada setiap pelamin yang dihasilkan sesuai dengan konsep RINS ‘simple n nice’.

Tujuannya juga, kami ingin menonjolkan keserian pakaian pengantin yang digayakan semasa bersanding. Jadi, tidak timbul masalah baju pengantin sama dengan kain pelamin, apabila foto siap, gambar pengantin kurang menyerlah atau pandangan mata seolah pelamin terlalu sarat apabila kain, bunga, aksesori pelamin, bunga telur diolah dengan warna yang sama dengan warna pakaian pengantin.

Kebanyakan juga ahli keluarga pengantin akan mengenakan warna pakaian yang sama warna tema dengan warna pilihan pengantin. Jika dari sudut pandangan kami, sebolehnya alihkan sedikit warna untuk ahli keluarga mempelai kepada warna lebih lembut atau warna yang seakan-akan warna tema pakaian pengantin. Kami berpendapat sedemikian untuk memastikan terhasilnya sebuah memori penuh makna yang akan diabadikan dalam foto perkahwinan dengan pandangan yang jelas antara mempelai dengan ahli keluarga, segar sepanjang zaman, tidak berserabut dengan peranan banyak warna tema..

-Suzana Abdullah-

No comments: